Wednesday, March 8, 2017

Hari ke Dua Maajun Anggun Bistari (MAB)

Masih lagi teruja berMAB.. insyaallah memang pkl 5 start makan laaa.. actually sebab try alternative perancang ni sebab rasa diri makin kurang bertenaga, ya la dah 42 tahun...  agak sebab makan perancang dah lama kut, as said before Hannah pun dah nak masuk 5 tahun.. sebelum ni antara Kimi n Haikal pun dalam 3 tahun kut makan pil sebelum try nak dapatkan Haikal tu.. ada la jugak dalam 6 bulan after pil baru mengandung..

Pil ni for me ok sebenarnya, memula berat maintain but bila lama sangat esp dalam setahun dua ni berat makin menaik, dari usual 82kg dah naik hamper 87kg.... nak kata makan sangat tu tak jugak, try kawal makan.. partly Atkins.. and slalunya tgh pun skip.. sebab prefer snooze elak mengantuk petang tu...

Ni berat Isnin ni, 6.3.2017 - kebetulan baru usha MAB

Satu lagi lepas lama2 perut ni makin membuncit, macam orang mengandung pun ada, alahai.. malu saja bila jumpa kawan2 ingat preggies. Malu satu.. satu lagi takut sebab fibroid cz masa ngandung Hannah bila scan macam ada fibroid, sib lepas pregnancy makin besar, fibroid makin kecik. Agaknya lepas pil ni, takut hormone havoc and also takut fibroid jugak, nauzubillah..

Oleh sebab itu la sebenarnya nak alternative ni, esp umur dah 40an... makin berat ni makin susah, for myself asyik tak larat jek, for hubby - ye la nak jugak jaga badan for hubby la... for Allah - senang sket beribadat... for family - takde le aku tak larat jekk....

Ni berat pagi nih.. 9.3.2017 lepas 2 kali makan MAB - 85.7kg.. aikk??

Musykil jugak ek.. cepat bebenor.. 87.3 - 85.7 = 1.6kg.. dah le semlm ada event jugak... pulun jugak dinner tu.. tak membuang lagi plak tu.. patut maintain.. kalu membuang paham la jugak weight gitu turun dah le semalam mmg bantai banyak la jugak terutamanya merangue dia.. perghh kebaboom...

Anyway.. healing crisis mmg diorang kata ada, yg kena kat aku - sakit kepala - lepas makan MAB yang pertama, makan dalam pkl 5 ptg gitu.. esokkannya sepanjang hari sakit kepala (aku lak bukan jenis sakit kepala), tekak pun sakit sangat (sampai beli strepsil dan air asam jawa nak minum)....

Yang pasal tekak sakit tu.. pelik jugak macam batuk berkahak sekali.. sib pagi ni lepas telan 2 MAB, hembus hidung keluar lender pekat tu, tekak dah ok and hidung rasa sedap. Aku rasakan.. macam ada kaitan dengan resdung sket.. google2 takde plak kata kesan MAB dengan resdung jz kata jerawat tu dia boleh bantu hilangkan... tapi serious lepas slesai srot hidung pagi tadi, rasa macam hidung clear sangat2 .. wahh, dunno plak ada masalah hidung n tekak seriously, walopun ada la orang belanja rawatan resdung tu dia kata mmg ada jugak resdung sket2 tapi seriously tak membebankan..

Ooo and kesan terakhir ialah dahaga sangat.. kena minum air.. agaknya sebab MAB ni panas sket. Optimal 2 liter... huhu aku nih plak jenis tak minum air kecuali bila dahaga .. adehh.. kena perbaiki.

Anyway, baru 2 hari. Kalula weight loss tu bebenor berlaku. Alhamdulillah. Bukan apa, dah try macam2 benda.. mmg takde yg menjadi. Harap bertemu yang betui kali ni. Will update nanti. Ciao.




No comments:

Post a Comment