My Progress

Tuesday, July 27, 2010

Jamu Mak Dara...

Sebab terbaca pasal Jamu Mak Dara Mingguan Malaysia Ahad lepas terus aku teringin nk try.. so nak beli kat stokis cam susah jek so aku guna la my kedai jamu online.. EKIN2U.. mmg bagus dah ambik banyak kali dah dengan dia.. before this Biodex.. pastu set bersalin Leesa Confinement.. mmg ok la cz semalam maybank 2u pkl 1 lebihh.. hari ni dah hantar.. woowooo.. good services...

Tu dia.. dapat dalam pkl 3 tadi Pos Laju.. wow.. ade paperbag lagi.. berkembang dah Toko Online nihh :)

Aku beli untuk sebulan.. start makan esok.. till posa.. ngam2 15 hari.. aku suka cz dia simple.. makan 2 biji pagi and 2 biji malam... Herbalife tu nanti posa aku akan strict.. at least turun 5 kg pun ok dalam posa.. after posa... maybe abiskan my Xenical tu.. pastu my pil Maharani tu.. uishhh I really need to curb my penchent for impulse shopping.. banyak benda aku pack ari tu baju.. banyak lagi label still attached,.. ishkkk ishkkk Ojah....

Hmmm tu my azam untuk berubah.. so after this aku jangan impluse buy sangat... beli benda yg diperlukan jekk...

Anyway.. pasal Jamu Mak Dara.. tip from EKin2U.. saya amik bhgn yg kapsul jek: http://www.kedai2ekin.com/index.php?option=com_content&task=view&id=92&Itemid=232

JAMU MAK DARA KAPSUL

Cara Penggunaan
Ambil 2 kapsul Jamu Mak Dara setiap kali sebanyak 2 kali sehari sebelum makan. Banyakkan minum air suam selama tempoh berpantang dan elakkan minum air sejuk peti ais, air berais dan makanan yang sejuk seperti tembikai, timum , buah kundur dan lain lain ketika berpantang.Juga elakkan makanan berlemak , berkuah dan berair seperti kobis, seboleh boleh nya sehingga selepas pantang kerana jika di ambil berlebihan akan memudaratkan kesihatan tubuh .
*Tip Ibu Halimah

Apabila megambil jamu, jangan amalkan minum air kelapa kerana ia akan meneutralkan semula badan
Untuk wanita lepas bersalin, pengambilan jamu boleh dimulakan pada jari ketujuh selepas melahirkan anak sehingga habis tempoh berpantang.
Wanita yang bersalin secara pembedahan, digalakan mengambil jamu selepas 2 atau 4 minggu setelah luka pembedahan pulih
Amalan berpilis bertujuan menghalang darah meroyan naik ke mata manakala bertungku dan berbengkung pula dapat merapatkan pintu rahim
Dalam tempoh 44 hari berpantang. jangan bersama dengan suami untuk mengelakkan kerosakan faraj.
Sekiranya mendapati diri hamil, elakan mengambil jamu atau sebarang ubat-ubatan lain.
Apabila usia mencecah 40 tahun, kurangkan pemgambilan makanan laut sebalikanya lebihkan ulam-ulaman
Bagi wanita, kurangkan pengambilan makanan dan minuman sejuk untuk mengekalkan kesihatan
Jangan amalkan makan bersulamkan air kerana ia boleh menyebabkan perut buncit..

JAMU MAK DARA


Ramai wanita bimbang apabila mengalami masalah longgar dan kemutan yang tidak sehebat seperti dipersembahkan malam pertama. Ditambah pula dengan masalah faraj yang banyak mengeluarkan air. Ia pasti sesuatu yang menakutkan...bukan apa bimbang akan persembahan yang tidak cengkam buat santapan si suami. Silap hari bulan, si suami akan mencari yang lebih muda dan bergetah....

Masalah longgar dan faraj berair, bukanlah sesuatu yang baru dikalangan kaum wanita. Ia sebenarnya perubahan hormon selepas melahirkan cahaya mata. Jika dibiarkan berlarutan, ia boleh menjejaskan keinginan seksual dan menimbulkan masalah dalam rumah tangga.

Lantaran itu, setiap wanita perlu bijak mengawal keadaan dan berusaha untuk memperbaiki segala kelemahan, agar si suami tidak mempunyai alasan untuk membuka cawangan baru. Namun begitu, anda tidak perlu risau kerana kini terdapat banyak produk di pasaran yang boleh mengembalikan keceriaan hubungan seksual dan kebahagiaan rumah tangga.

Jamu Mak Dara adalah antara produk yang cukup berkesan. Ia diperbuat daripada 32 jenis herba terpilih daripada gabungan 2 negara iaitu India dan Indonesia.

Jamu ini mempunyai pelbagai khasiat.

Antaranya merapat dan mengetatkan faraj yang longgar, mengurangkan air pada faraj dan menghilangkan bau yang kurang menyenangkan. bukan itu sahaja ia juga bertindak balas dalam merapat dan menaikkan peranakan ke tempat asal, menguatkan kemutan faraj, mengembalikan kesempurnaan hubungan, meningkatkan tahap keghairahan dan memulihkan lemah nafsu syahwat, mengatasi masalah keputihan. selain itu, ia juga bertindak mengembalikan tenaga zahir dan batin seperti keletihan.

Bagi wanita yang baru melahirkan anak, eloklah diamalkan pengambilan Jamu Mak Dara pada hari ketujuh dalam pantang. Amalan ini dapat mengembalikan tenaga, menegangkan otot2 yang kecut, menyembuhkan luka bersalin, memulihkan dan menyempitkan lagi faraj dan mengecutkan rahim.

Jamu ini juga boleh melangsingkan tubuh wanita dan mengatasi masalah haid seperti senggugut dan pusingan haid yang tidak teratur. Ia juga bukan sahaja mencantikkan tubuh malah mencantikkan kulit yang tidak bermaya.


Khasiat Produk Jamu Mak Dara (serbuk & kapsul)
Membuang toksik & angin dalam badan
Menyihatkan rahim
Membetulkan sistem kitaran haid
Memberi tenaga dan cergas seawal pagi
Merapatkan otot faraj
Mengencangkan otot-otot payudara wanita
Menghilangkan penyakit keputihan
Mengurangkan lendir yang berlebihan & melangsingkan badan
Menghilangkan gatal-gatal & bau badan yang tidak enak
Menambah keharmonian hubungan suami isteri


Ramuan Jamu
Gadong, Tahi angin, Cabai pintal, Akar siak, Sambar antu, Cabai batik, Akar cerita, Kulit pulau sari, Kulit kayu serapat, Ketumbar kasar, Jintan hitam, Temulawak, Halia bara, Halia putih, Kunyit kering, Kayu manis cina, Kedaung, Daun cina maki, Masuri, Jerangau, Lengkuas merah, Buah keras, Jemuja, Daun terawas, Hadas pedas, Langkau besar, Langkau kecil, Bica bolong, Biji kami, Buah gorek, Akar kayu putih dan Cekor.

Makanan yang patut dielakkan
Nangka, Timun, Betik, Nenas, Labu, Kundur, Pucuk paku dan Air batu/air sejuk.

Cara Mengamalkannya Jamu Mak Dara Serbuk
a) Untuk langsingkan badan / kesihatan keseluruhan wanita (2 X sehari)
1 sudu besar Jamu Mak Dara + air panas 1/2 cawan
Peringatan
- Harus cukup rihat dan tidur, elakkan makan malam selepas 7 malam, elakkan mengambil nasi pada waktu malam.Kurangkan pengambilan cili dan makan berlemak dan lebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran.

b) Ketika Dalam Pantang ( 2 X sehari)
1 sudu besar Jamu Mak Dara + air panas 1/2 cawan. Bancuhkan jamu dengan air panas dan di minum 1 kali pagi sebelum sarpaan dan 1 kali petang ( 4 petang) sebelum makan malam.
Peringatan
- kurangkan pengambilan lauk pauk yang berkuah spt sup,gulai ,bercili dan berlemak.

c) Untuk Pesakit Darah Tinggi (1 kali sehari)
1 sudu besar Jamu Mak Dara + air panas 1/2 cawan. Bancuh kan jamu dgn air panas dan di minum 1 kali pagi sebelum sarapan. Sekali sehari sahaja.
Peringatan
- Harus cukup rihat dan tidur.Kurangkan pengambilan cili dan makan berlemak dan lebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran.


Cara menyediakannya Jamu Mak Dara Serbuk

Bancuhkan jamu dengan air panas (1/2 cawan) dan di minum 1 kali pagi sebelum sarapan dan 1 kali petang ,sebelum makan malam.
Semasa minum jamu sila angkat payudara dahulu, selepas habis minum air suam barulah di turunkan semula.
Pastikan minum air masak sekurang-kurang nya 8 gelas sehari.
TIPS : Sekiranya anda tidak suka minum jamu dalam bentuk serbuk.

Boleh campurkan dengan sedikit madu dan gentel bulat-bulat menjadi seperti majun..Insya'Allah anda akan boleh menikmati jamu mak dara dengan lancar nya. Sukatan tetap sama.

Cara Mengamal Jamu Mak Dara Kapsul
a) Ketika Dalam Pantang Bersalin (2 x Sehari)
2 kapsul Jamu Mak Dara (pagi diantara jam 10 pagi sebelum sarapan)
2 kapsul Jamu Mak Dara (petang diantara jam 4 petang sebelum makan malam)
Peringatan!
Kurangkan pengambilan lauk pauk yang berkuah seperti gulai, sup dan lain-lain. Kurangkan pengambilan makan yang bercili dan berlemak.

b) Untuk Melangsingkan Badan (2 x Sehari)
2 kapsul Jamu Mak Dara (sebelum sarapan)
2 kapsul Jamu Mak Dara ( sebelum makan malam)
Peringatan
- Harus cukup tidur dan rehat
- Elakkan mengambil makan malam selepas pukul 7 malam
- Elakkan makan nasi pada waktu malam
- Lebihkan makan sayur-sayuran
- Kurangkan pengambilan makanan bercili dan berlemak
- Senaman bersahaja 15 minit setiap hari
- Jika makan malam, pastikan rehat selama 4 jam sebelum tidur.

c) Untuk Darah Tinggi /Magrain (1 x sehari)
2 kapsul jamu mak dara (sebelum makan malam)
Peringatan
- Harus cukup tidur dan rehat
- Kurangkan pengambilan makanan bercili dan berlemak.

d) Untuk Mendapatkan Zuriat
2 kapsul Jamu Mak Dara (sebelum sarapan)

2 kapsul Jamu Mak Dara (sebelum makan malam)
Peringatan
- Harus cukup tidur dan rehat
- Kurangkan pengambilan makanan bercili dan berlemak.

Selepas mengambil jamu dalam masa sebulan, anda dinasihatkan berehat mengambil Jamu Mak Dara untuk tempoh 3 bulan. Jika tiada perubahan anda dinasihatkan mengambil semula jamu ini untuk tempoh 1 bulan. (ikut aturan sebelum ini).
Pastikan Jamu Mak Dara dihabiskan
Ikut aturan yang dinyatakan
Pastikan minum air masak dan mineral yang banyak

No comments:

Post a Comment