Showing posts with label Atkins. Show all posts
Showing posts with label Atkins. Show all posts

Sunday, April 17, 2016

1st Time Minum GC Tea

Haha.. patut dah upload seminggu lalu nak test my Leagoo tu, but fail.. but takpa la aku retype balik cz the gist is there hehe :)

Testing2.. Kali ni try upload from my Leagoo Alfa 4.. hehe.. dah biasa dengan Samsung J7 gedabak... kecikla plak Leagoo ni.. kurang terrer nak menaip.

Hari ni full day berbengkel... so no Atkinsla.. Siap kambing golek black pepper lagi for tea. Perghh kebaboom..

Anyway.. hi time for GC Tea .. ok.. packaging dia bagi aku standard jugak.. ada classs... and for RM150 for full box.. ada 60 uncang tu.. bagi aku yang dah menerai banyak benda .. quite berbaloi la I would say. Baca satu uncang boleh rendam sampai 3 kali gitu.. sampai tawar. Memula bau.. dari deria hidung aku la... bau sket sket macam teh orang kampong sket.

 
My first cup GC Tea :)

Bila minum.. dia kata better suam or panas. Lepas my first try tu, aku siap2 bancuh dalam flask terus. Ada flask kecik jek beli kat Mr. DIY dalam RM13.90 gitu... slalu aku buat... bancuh breakfast time .. minum til lunch... then pkl 2.. minum til nak balik kerja.. then... minum malam lagi semug macam dalam gambar tu. Kalau nak senang.. beli jek flask saiz besar and minum tru out the day. Aku pun might do that la.. senang sket minum banyak skali gus tambah quota air and cairkan lemak2 kat badan tu.

Bila first bancuh.. manis.. mesti sebab ada elemen stevia tu. Atkiners dun worry ok.. stevia tu bukan gula so dia mmg boleh aka halal-atkins. Lain-lain rasa mcm standard tea biasa. Then yg bancuhan ke 2 dah kurang sket manis dia.. yg ke 3 lagila...

Aku tengok testimony.. ada yg tak berdiet bagai boleh turun 5 kg minum GC Tea jek.. ni apa lagi yg berAtkins kan. Macam akak pulak banyak godaan... ada meeting la.. bengkel la.. buat pulak kat hotel. Buffet tak makan rugi la pulak kan hahaha.. sib ada GC Tea.

Bagi akak.. GC Tea ni ada kesan laxative jugak bagi akak la.. senang membuang. Sedap je rasa badan. Bukan apa.. dengan umur yg makin meningkat .. badan makin membesar ni.. kena ringan2kan badan.. for kesihatan .. and juga ibadat kan.. ni nak bangun masa sujud etc pun macam patah pinggang.. camano tuh hehe...

Progress apa pun akak update nanti ya... if nak try, jomla wassap 013 - 9511981.. akak dah jadi agen ni or terus order pun takpe hehe :)

Thursday, March 31, 2016

83.8 kg

Perghhh I love u Atkins.. sayang ketat2. Ni 3 days clean diet .. pastu kebetulan park kat McD semlm.. tapau la Big Mac.. aiyaakkkk

Haha.. tu la aku.. aku weekend wife actually.. and slalu outstation.. tu susah sket nk full clean Atkins nih.. dgn family kena makan normal.. and bila outstation ni banyak makan sedap2 so rugi tak makan.

Hahahaha.. alasan jek tu.. thats why aku suka GC tea tu.. takdeler rasa down sgt..

Semlm pun b4 makan mcD dah naik ruam ruam merah which is tanda2 ketosis. Hurmmm xpa la... next week Isnin aku akan try GC tea... next week byk program.. ahad bengkel.. isnin meeting .. selasa 1 day boleh clean.. rabu khamis outstation kelate so makan lagi.. but dgn GC Tea I should be still on track insyaallah.

Ciao!

Tuesday, March 29, 2016

Daging Kacang Buncis Atkins

Seriusss.. ni la yg slalu aku buat.. senang....
 
Resepi dia kalu ikut cara aku senangla.. daging lembu australia sehiris.. beli kat Giant dlm RM7... bawang merah 1 ulas.. bawang putih 2 ulas... kacang buncis RM2...
 
Daging dipotong2 better nipis cepat sket masak.. boh serbuk kari n serbuk kunyit agak2 jek... panaskan minyak sket... gorengkan daging tu hingga kering air daging dia... agak2 nk kering tu.. masukkan bawang putih.. n bwg merah.. kalu ade lada merah potong2 boleh masuk sekali.... pastu bila dah naik bau.. campak kacang buncis.. agak2 masak.. masuk garam stengah sudu kecik or ikut suka... goreng lagi til masak.. siapppp...
Pastu if nampak tak cukup.. rebus telo beberapa bijik.. bagi aku .. telo rebus ngan sayur ni mmg ngam jek.. oh.. sayur tu bagi ke arah masin sket biar bila kena dgn telor tu.. serasi je jadinya...
 

Monday, March 28, 2016

84.7 kg n Diarrea

Betuike aku eja diarrea tu aka nama lawa bg cirit birit. Hurmmm wonder aku mkn apa sampai cirit. Aku suspect sambal tu.. but tgkla.. nk try sket lagi mlm ni dgn telo rebus. Hope xle. Sedap jugak sambal tu.. bolehla.. and mudah. Rugi RM10 if betui.
 
 
So sebab cirit.. bangun kurang berat sket hahhaahaha.. jz for fun. Jangan caya sangat. Aku nak tunggu turun angka 82.x baru rasa betui turun sket.
 
Malam ni clean atkins.. green tea and air. Hurmm gc tea x dpt lagi. Aiyakkk lambat ini. Dah le semangat ni. Nak wat camano.
 
 

85.3 kg

85.3 less 82.9 kg  yg my stagnant weight til eons.. 2.4kg jek pun huhuhu...

Arini posa sunat isnin n first atkins clean diet. Zumba plak japgi. Isnin.. selasa.. rabu aim clean. Hope by Khamis dapat 84 .x plus pun dah syukur dah.

Japgi sembahyang Asar jap.. hehe lambar sket arini.. org HQ call masa pkl 5.. if idok sembahyang kat opis dah.

Ingat nk grill salmon.. pastu boh sambal bilis atkins yg order online tuh.. mayo sket n salad. Air teh hijo boh jek cz my GC Tea tak sampai lagi.. haishhh sib beli dengan org kenal. No good la gini servis. Aku biasa beli kengakang beli arini esok dah sampai but 3 days is biasa.. ni dh seminggu.

Esok la.. daging goreng kacang buncis pedas.. plus telor rebus 4. If telo rebus tak abih recycle malam boh sambal jek. Hurmm terliuq baq hang hehe :)

Sunday, March 27, 2016

Check Darah - BP, Kolestrol and Sugar

Hehe.. semangat la nak ber GC Tea but barang tak sampai2 lagi haishh.. ini kalu aku sendiri kena jadi agen pasnih hehe :P

Tapi in the meantime kena check la if ok ke idak ngan aku.. aku ni slalu jugak try2 benda2 diet nih as below.. tapi banyak tak menjadi.. tak rasi kut.. cam Herbalife.. beli dalam 2.5K terus jadi ahli, minum sobotol dua jek.. tak larat ambe makan liquid, but don't get me wrong.. ade kenalan menjadik jek.. dari 80 plus turun 60.. perghh salute.

Nona Raguy.. haaa yg ni pun menjadik.. yg Phytonatal.. but aku nih mmg tak istiqomah
Atkins - menjadik jugak.. dari 85 sampai pernah aku turun 78.. tapi tu ler, karbo memang menggamit-gamit aku nih hehe..
Lepas tu ada beli dengan kazen.. tak ingat dah nama tapi dalam 500 jugak.. tahan telan sekotak jek.. geli gleeman tekan nak telan dia ala2 jelly hijau tu...

So.. dah alang2 aku ni loose Atkins plus zumba nowadays.. and alang2 dah asik minum Green Tea jek.. why not berGC Tea kan.. dia pun macam teh hijau jek..

Anyway...


Anyway.. back tu my check darah tu.. bagus klinik Rohana and Seripah KT nih.. berhalus doctor Tanya.. and cerita sket2 pasal apa nombor-nombor tu means.. aku ingat sempoi jek ambik darah nih.. but the doctor took the time. Salute doctor.

Anyway.. BP... pakai benda alah macam belt tu letak kat lengan la... memula cam bacaan tinggi but doctor ambik balik, cz dia kata takut mengah masa dating jumpa dia kan.. anyway result BP 146/77... patut 140/90... hehe.. atas sket atas.. but yg dia tengok yang bawah tu ok.. so okla.

RBS and Choletrol tu dia snap sket kat jari.. huhu nyilu. Sekali snap kat hari tengah, dia picit2.. pastu setitil darah kat alat check kolestrol, setitik darah kat alat check paras gula. Pastu bagi kapas beralkohol suruh tekan stop darah. Aku nih takat ambik kat lengan darah tu memang no prob tapi benci sket kalau ambik kat hujung jari. Anyway...

Rbs - sugar level.. 4.9 weheee ok la tu.. kurang amat dari 7.0 :D

Kolestrol plak... ada tinggi la 5.81 vs 5.2..... tapi still controllable lagi tak payah makan ubat kalu camni, but kena berdiet, kawal makanan as well as gaya hidup sehat sket. Wehee.. ya la, aku pun start zumba kan, but I think mmg aku kena turunkan berat. Skrg dalam 86 ke 78 dulu for starters. Anyway, altogether RM45 kena for the 3 tests, doctor suruh mai in 3 months recheck. Will do doc :)

Tu yg aku minat GC Tea tu.. RM150 for 2 months aka 150/60 = RM2.50 macam makan Nasik lemak kosong pagi2 jek. Aku rasa milo dalam tin kat PETRONAS pun dah 2.80. Apa la sket harga GC Tea per day kan.

Ewahh.. aku plak promote lebih2.. tak sabra nak minum GC Tea actually hehe.. semangat :)

Hopefully sampai petang ni. Semangat aku nak try :)

Saturday, March 26, 2016

Testing Blogger Aps

Hurmmm.. testing2.. aku envision nanti all things computerish would be done on smartphones.
 
Ni nak try uploading my entry via Blogger aps. Dulu ada option upload drafts via emel to blogger tapi macam tak jadi jek so testing this laaa...
 
 
Akhirnya boleh upload gambar but kena edit sket cz dia upload ori size so too big and kat bawah. Aku mmg suka gambar aku kat tengah2 entry. Looks nicer ;)
 
Tapi tak jumpa plak camna nak upload gambar ni.. buat link nampak ok. Also ada icon for italic and bold.
 
Hurmmm... susahla if takde butang upload gambar. Aku ni mmg suka upload gambar hehe :) Ups dah jumpa la option upload gambar yippee aribba aribba..
 
Dok tunggu my GC Tea tu sampai. Hi time patut arini. Nak restart Atkins jugak hari ni. 86kg is too heavy. Kena aim 75kg. Perhaps back to 82kg macam my normal weight and bulan puasa aim til 75kg balik. Huhu wish me luck.

Monday, July 13, 2015

From 85 to 79.4 kg

Hehehew.. penangan Atkins bulan puasa.. memang okla.. aku takde le pure Atkins tapi try to avoid nasi but sometimes unavoidable but Alhamdulillah, dia maintain the berat takde le mencanak naik sangat.


Ni dalam seminggu puasa.. wokey la kan...


Ni gulai kawah, one of the many yang mengkantoikan aku.


Ni one of the simple food.. steak (beli yang kat Giant tu) plus long beans. Grilled dalam pemanggang ajaib dengan lumur sedikit garam and black pepper.. plus mayo. Yummeh.


Ni few days ago.. arini naik 80.8 cz makan McD Mashwi.. tak sesedap yang foldover biasa in my opinion.


Another of my fav - laksa Atkins.. kuah laksa n telo rebus. Ni aku buat boleh makan dua kali ni... ikan 2 ekor rebus dengan asam keeping 2 keeping. Dah masak, ambik isi ikan, 2 ulas bawang merah, daun kesum sejambak (RM1 2 jambak beli kat Giant) cili api 6 bijik bior pedas. Pastu blend. Dump dalam kuah yang masak ikan tu balik. Tulang ikan tu blend lagi biar hancur, tapis masuk dalam kuah tadi. Balance bagi kucing. Nak lagi masam, tambah lagi asam keeping 2 keeping lagi. Biar menggelegak, tutup api.. ngap. My current fav Atkins recepi. Senang n ringkas. Takde cucumber ni if dak sedap gak tambah buat sayur.

So.. aku will start cuti petang ni balik kampong. Confirm kurang nak berAtkins tho aku nak kurangkan jugak pengambilan nasi. Aim this year qada puasa awal plus kejar Atkins. 6 jek kena ganti this year plus 6 puasa 6.. dah 12 situ Syawal nanti insyaallah. Will try puasa sunat Isnin n Khamis lagi nanti. Aim aku 75kg for this year. Ok la kan.. dah tercapai half, I better persue the other half. Pls Ya Allah, help me. Minimum. If dapat lesser Alhamdulillah. Also will restart Zumba jugak.

2016 insyaallah 75 - 65. Pastu jz maintain la insyaallah.



Wednesday, February 4, 2015

Menu Diet Atkins Seminggu

Gambar ni selalu tenggelam timbul dalam KDA.. senang post sini nak cari cz FB page ni cepat bebenor resepi tenggelam bila post and komen baru diupload. For my reference gak cz kengkadang boring jugak nak makan apa masa berAtkins. Ada menu ni pun dah amat ok. No more excuses.

 
Sumber: Kelab Diet Atkins

Monday, February 2, 2015

Kek Kukus Coklat Atkins

Hurmmm.. lagi mau try resepi KDA dari rakan2 KDA la....


Some of the bahan2.. tak semua guna pun.. haha gigih g Giant membeli belah bahan :P

Resepi Asal KDA:
2 bijik telor
3 sudu besar serbuk coklat
1/2 sudu sodium bicarbonate (serbuk penaik la dok.. aku beli yang termurah Kings tu.. RM1.79 jek)
5 sudu besar air
1 keeping cedar cheese (resipi asal soh cairkan.. tak retu plak nak cairkan so aku siat2)
7 paket stevia (aku guna 4 drop RCC Stevia.. tak manis lagi rupanya - for me ler aku kan suka giler2 manis.. next time boh 5-6 drop)
3 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil esen vanilla (RM2.29)

Campurkan semua bahan kecuali cedar cheese. Dah sebati masukkan cheese.
Kukus 20 minit.
 
 
Ni la rupanya lepas aku kaco2.. bau harum time nih.


Halfway kukus guna pemanggang ajaib.. bau sodap jek tu yang angkat tutup angkat tutup hehe.. agak pasal tu kek aku bantat sket.


End result.. huhu.. tak manis tapi okla.. aku rasa adunan nih buat choc chic sodap kut... bekas aku kukus tu pun terlampau besar so kena scrape jek gitu makan.. huhu next time kena bekas kecik sket ala2 cupcake...

Tak abih pun cz nugget aku buat semlm tak habis.. balance setengah simpan dalam peti.. mlm ni nak buat dessert jek tapi perhaps aku try bubuh atas tu cream cheese ala2 topping black velvet tu walla.. nanti aku update menjadik ke idok..

p/s 1.. lapor sangat menunggu kek masak.. aku buat jek koko panas.. sebab Atkins no susu la, huhu.. aku rasa if ada susu lagi terangkat.. 1 sudu kecik serbuk koko.. mug saiz biasa.. air panas menggelegak.. 2 titik RCC Stevia.. hurmm.. okla jugakkk.. boleh la berangan minum milo o huhuhu.. takpa la yang penting halal Atkins..

p/s 2.. malam ni mau try buat Laksa Atkins ploks..

Sunday, February 1, 2015

Nugget Ayam Atkins

Pehh.... sementara semangat berkobar2 nak Atkins balik ni.. so akan menarai2 resepi2 Atkins dalam KDA.. huhu terliuq nak buat kek Atkins.. pasni kut dah alang2 ada cupcake maker tu.. tak try lagik pun...

Anyway.. nugget ayam Atkins...

2 bijik telor
2 ketul isi dada ayam
Seulas bawang
Garam suku sudu
Lada hitam ikut suka.. aku boh dalam stengah sudu kut...

Blend sampai kasar2.. sedap sket rasa ayam...

Kukus 15 mins sampai kental.. huhuhu kali ni baru boleh try stim menggunakan pemanggang ajaib Ikan aku tu.. pehhh perfecto...


So.. siap kukus... bau sedap la pulak.. abih suku aku makan hahahaha.. panas2 sodap makan begitu sajaa... lepas ni aku rasa aku akan buat 3 dada ayam sekali masak... dinner akan jadi nugget stim camni.. balance wat breakfast lunch the next day.


Tu citer semlm tu.. buat dinner suku nugget nih... pastu pagi tadi.. potong2 nak buat saiz nugget ke saiz chicken finger (aku rasa next time aku buat finger jek.. senang sket)... ambik telor sebijik.. pukul2.. celop.. gorenggg..

Pehhh... serius senang jugak resepi nak.. boleh buat lagi jz perhaps tambah sayur sket - daun sop ke..

Hehe.. syiok pulak.. juz nak try buat kek Atkins plak pasni.. dah alang2 ada stevia kan.. aku plak suka benda2 manis nih.. huhuhu..next!

Saturday, January 31, 2015

Jadual Turun Berat

Huhuhuhu.. senang cakap la.. aku ni buat Atkins memang memanjang ke laut lepas.. budak sebelah dalam dua bulan dah lost 20 kg.. 80+ ke 60+.. tadi dia muda remaja lagile 20+ and lelaki plak tu.. aktif berfutsal.. aku? Dah nak 4 series, senaman jari jek kat keyboard hari2 and slalu karam di laut..

Bukan banyak pun aku nak.. skrg dalam 84.. nak ke 75 kg jek.. jz 9 kg babeh...

Huhuhu...


Ni buat jadual sket pasni.. hope aku consistent la pasni.. 9 kg is not much. Wish me luck!

Wednesday, January 14, 2015

Kebab Daging Atkins

Lagi cilok menu KDA.. nak try jugak one day.. will upload pic bila dah try hehe...

Kebab Daging Atkins style...

 Yummehhh...
1) Tumiskan daging cincang bersama butter. Masukkan hirisan bawang, cili dan lada hitam. Padamkan api. Masukan mayo kewpie.
2) Pukul telur. Dadarkan nipis dengan butter....
3) Letakkan daging atas telur.
4) Gulung dan makan.


 Fasa 1

Monday, January 12, 2015

Resepi Kuah Laksa Atkins

Huhu.. baru cilok dari FB KDA.. nak buat la jugak cz aku pown suka makan laksa.. buat stok seminggu terus.. laksa makin lama makin sodap... nanti le aku buat and ada gambo aku edit balik.. saja letak sini senang aku nak cari resipe ni balik kuikuikui...

Ikan 4 ekor rebus ambik isi je
(Tulang ikan tu blend n tapis ambik pati ikan tu)
Bawang besar separuh je
Cili padi je 4 tangkai
Semua ni di blend..
Lps tu rebus air masukan bahan yg di blend td..daun kesum n asam keping...garam tu je

4 Feb 2015


OK.. semalam dah try buat just aku buat sket jek..

Ikan 2 ekor (patut tulang blend and ambik pati but aku tak buat maleh)
Bawang merah satu (Bawang besar tak beli cz DA ni kan kalu boleh no bawang)
Cili padi 2 tangkai
Daun kesum setangkai

.. blend bahan2 di atas dengan sket air
.. rebus air... masukkan bahan2 diatas.. daun kesum (aku boh 4-5 tangkai).. garam sket.. asam keeping (aku boh 3)..

Result macam kat atas cam menggelegak tu.. aku rasa next time aku nak boh setangkai cili kering la for colour.. ni pucat sket kuah dia...
.. rasa.. so so la.. aku rasa mine ni kurang garam sket
.. aku buat semalam.. so pagi tadi pack untuk makan diopis.. huhu not bad la pulak hari ke 2.. patutla orang kata laksa ni lagi lama lagi sedap..
.. sedap jugak jz boh telor sebijik dua.. boh racik-racik timun jepun
.. for me.. hehe next week boleh buat la.. sedap gak masam2 gitu.. hilang boring makan telor ;)



Sunday, January 11, 2015

Beli Trio Cupcake

Hehe.. sempena azam baru nak turun 7-8 kg nih aka 82.9 - 75 = 7.9kg jek.. aku tadi decided beli Lazada Cupcake Maker la.. RM59 plus RM15 pos.. jadi la RM74.. bayar tru PayPal guna duit online shop aku tuh hehe...

 
Sebab beli.. cz nak menyenangkan aku buat resepi Atkins aku.. perhaps cara berlauk Atkins.. telo and cheese ngan ayam ke.. nak pelbagaikan menu lagi pun.. perhaps buat nasi goring Atkins sket.. as well cara berlauk sket.. boleh makan pagi and petang.. malam.. aku kena try grill ikan as well as buat sop apa2 ke kan.. time to asah my cooking skills as well lah.. perhaps buat sop bebola ikan ke etc etc...

Hurmm.. kalu tgk delivery just in 5 days.. kena try la.. perhaps guna chicken breast as well... telor ayam... daun sup or perhaps capsicum.. also buat sepenumbuk nasi goring Atkins.. nasi goring kampong I really loike..

Senang sket actually... masak cupcake guna Trio Cupcake Maker.. and nasi goring Atkins ngan pemanggang ajaib Are Ikan tu.. jimat masa esp dapur gas aku ada satu penunu pun...

Weekends with hubby and kiddy definitely I can't diet la... tu la takpa.. I will try aim that 8kg loss.. 75kg pun seems like heaven. Nantila I will update once I get that Trio CakeMaker tu.. tgk menjadi tak barang dia tu..


Tuesday, May 6, 2014

Atkins Lamb Grill

Hurmm... mkn Atkins KDA ni pehhh... menggiurkan. I can stay with it tapi sebab dok rumah Kerteh weekends jadi tak terkawal pulak. Hurmmm....
 
Anyway. . Takde penurunan.. at least awal minggu 84.8 kg .. ptg no dalam 82.8kg okla... huhuhuhu... wonder laa.. dah le next week outstation lagi.. weekends mkn rumah. . Hurmmm...
 
Huhu... harap posa nanti can all outla. Jz hoping 24.6 nanti aku kurus sket. 79kg dah really ok already...

Tuesday, April 29, 2014

Pie Daging Atkins Ajaib

 
Sebab nanti 3 hari takde kat rumah (takut rosak veggies) and dah terniat.. so pagi ni buat pie daging Atkins. Dah la lambat bangun setengah jam huhuhu.. express style.
Cara senang.. goring daging kisar Ramly 2 keping.. sampai air dia kering.. boh oregano.. boh garam.. masukkan cendawan shitake (takyah takpe).. and bunga kobis. Kacau sampai layu.
Boh dalam bekas. Pastu kacau 3 bijik telor... garam sket.. lada sulah kalau nak... boh atas mix sayur n daging tu. Bakar. Aku goring and bakar semua dalam pemanggang ajaib aku jek senang.... sementara tunggu telor tu mengeras.. aku siap sempat gosok baju lagi simple2..
Buka pemanggang cam dah mengeras dah telor tu.. shred sekeping cheese atas telor tu.. tutup lagi till keju cair... siapppp... ngappp... suit kenyang makan sekeping pie tu.. lunch aku makan satu lagi...
Yg tepi tu lebihan.. aku silap sukatla... sebab nak abihkan kobis punya pasal.. aa takpe.. buat snack, else makan malam plak..
Mlm ni p KL plak.. stopover before Sg Klah Hot Spring.. can see my Atkins melayang. But better something than nothing kan.
Next week 5 days aku pulun kuat2 lagi. Think I am getting better preparing Atkins meal. Practice make perfect kan.

Atkins Ikan Udang Bakar Ajaib

Ikan tu 2 ekor actually tak muat tangkap gambar haha...

Initially kos Atkins mahal sket cz kena invest seasonings etc esp kicap sos etc kan xleh pakai.. but in the long run its quite cheap.

Ikan aku beli ikan murah lolong dlm rm4 for 3 ekor.. so 2 ekor rm2.80 la senang kira.. udang tu mahal.. byk tu rm6.50.. pehhhh... ya la dkt rm32 sekilo.. huhuhu... timun jepun aku beli dlm rm2.30 for 2 btg.. tu guna sebatang so rm1.15. So kos dinner aku rm10.25 la.. if tolak udang jek jz rm4. Pehhh....

Aku msk x pandai jz lumur serbuk kunyit n garang.. perap jap n bakar.. in my pemanggang ajaib la... dlm 7 minit each side for ikan.. udang tu masuk lps 7 minit pertama.. plus mayo n sos nandos.. ngappp erkkk...

Esok weekend.. confirm kantoi. Ah well.. aku tgh praktis manja2.. by posa.. insyallah become pro la kut.. hope to get 69 aka 15kg lighter by raya.. boleh k? Well.. if ade 4 bulan 20kg tu.. hope I can do it too.


Sent from Samsung Mobile

Monday, April 28, 2014

Atkins Daging Goreng Cauliflower

 
 
Ni portion aku for breakfast n lunch today.. dah siap abih pun by 11 am tadi. Haiya tarak cukupla.. my portion kena bigger. Tu la aku suka diet Atkins ni cz dia suruh makan makan makan..
 
Aku jek silap estimate portion. Nampak mcm banyak but rupanya sket, haishh xleh jadik nih. Takpun memang kena gorengla kopok kulit lembu tu. Aku plak malas goring, rasakan! Pasni memang kena standby la letak kat opis.. kopok kulit lembu n cheese.
 
Esok patut meeting KB.. malas eh. Nak suruh diorang update jek apa2 yang diperlukan. Malam ni nak makan ikan bakar and abiskan timun Jepun tu.. esok nak try buat pie daging Atkins guna my pemanggang ajaib tu.
 
Anyway.. ade ahli KDA give link on BMI calculator, alang2 aku cuba la.. tingi 164 cm n berat 84kg... huhuhu.. result... 31.2....
 
 
Tgk nota kaki... BMI 30 and above = OBESE. Huhuhuhu... cabaran sihat, Raya 6X kg. If cecah below 70 kg aku memang bersyukur.
 
But mmg lepas ni ATkins would be my way of life, aku akan wat the 4 phases tu. Kalau hari p opis dok asing ngan family will be induction menu. If I achieve my weigh, will makan only at dinnertime teman hubby and only sesenduk jek. Will be more on sayur.
 
Will make healthy BMI my way of life, insyaallah.

Sent from Samsung Mobile

Telo Mushroom Cheese

Hurmm.. boring mkn telo rebus jek kita pelbagaikan.. goreng shitake mushroom sket.. dadar telur 2 bijik... boh mushroom atas telur.. cheese grated atas tu.. bih serbuk all seasoning. . Perghhh... tambah lagi timun jepun.. mayo n sos nandos.. siapppp...
 
Aku ingat mlm baru nk mkn telor la. Mlm sedap lite dinner dr mkn heavy. Okla kan.. esok daging goreng.. mushroom n cauliflower... mlm...  mlm sup telor? Lusa ayam goreng n perabis timun jepun.
Sounds like a good plan dok. Mlm ni minum Clenx tea gak.
 
Tgk dlm KDA.. posa ade 62 days lagi. Aku aim all out situ nanti. Biar below 70 kg. Hurm boleh k? Insyaallah kut jz kena consistent jek.
 
Tadi timbang pun 83.8 kg. Tgk esok minum clenx buang jadi brp. Susah sketla cz tak all out Atkins kan. Hurmmm.... tu yg I welcome puasa nanti. Will force me to be stricter.