Monday, February 22, 2016

Tanah Kampung Kedondong Kadok Kota Bharu Kelantan Untuk Dijual RM 135,000 Runding Sampai Jadi

Salam semua.. slalu cakap pasal diet, kali nih nak cakap pasal jual Tanah pulak...

Ni Tanah arwah Mok Wa, lama tak berjaga cz anak-anak ramai dah berhijrah keluar ke Terengganu, Kelantan ni kami tak pergi sangat. Skali skala jenguk dari kejauhan jek.



Ni cabutan sementara.. No. Lot 411, Hakmilik GM 2207 Kg. Kedondong Daerah Kadok.
Keluasan 0.1174 hektar atau lebih kurang dalam 0.29 ekar.. lebih sikit suku ekar. Walaupun status Pertanian / Dusun - geran asal adalah macam-macam .. maksudnya sepatutnya dah boleh buat perumahan. Lot Tanah ni boleh dibahagi kepada 2 lagi lot banglo ataupun terus 1 lot banglo besar.




Mahal geran nih.. ada value sejarah hehe.. last tukar hak milik 1973. Siap tengok scroll pun tau. Tapi masa nak jual, dapat terus geran baru lah. Sayang nak jual sebenarnya.



Lokasi Tanah sebagaimana petak empat segi tu. Bersebelahan tali air. Sebenarnya boleh akses terus ke jalan raya melalui jalan tambakan sawah. Mempunyai kejiranan disekeliling. Tanah bukan sawah jadi tidak perlu ditambak.


Lakaran peta ringkas. Berdekatan surau. Anggaran 18km ke Bandar Kota Bharu.

 
Lot 411. Tanah empat segi elok. Lokasi menarik. Berdekatan dengan Bandar Baru Tunjong, Wakaf Che Yeh, Kota Bharu. Sesuai untuk kebun ataupun kediaman sendiri. Dijangka akan membangun lagi selaras dengan pertumbuhan Bandar Baru Tunjong.

Jika berminat, sila hubungi Kak Has di 012 276 0658. Whatsapp atau SMS dulu. Pembeli sahaja, bukan Agen dll. Harga RM 150 K.

No comments:

Post a Comment