Ewahhh.. hari ini nak share a tip of bagaimana mula berhijab dan kos berhijab. Sebabnya, aku sendiri pun baru mula berhijab. At a relatively "old" age of 41... dah rasa nak berhijab since start masuk umur 40.. but aku yg tak berani.. etc etc..
Hari ni hari ke 5 bertudung.. tip aku ni mungkin tak terpakai pada semua.. but maybe related to the matang girls... yg duit sederhana... yg segan nak try try tudung kat kedai tudung yg mungkin pandang pelik jek orang tak bertudung pilih tudung (maybe my pemikiran saja tu) huhuhu....
1. Perasaan mula bertudung. Memang memula rasa segan... macam aku sanggup elak naik lif tu.. sib baik opis tingkat 2 jek. Staff and kenalan senyum senyum pun kita rasa segan. Satu lagi yg jenis sempoi cam aku.. tak reti nak padan-padankan tudung.. so 3/5 day aku pakai hitam jek.. boleh? Hahaha...
2. Beli tudung. Kalau yang berduit sket tu, boleh terus beli Nealofar kut http://naelofarhijab.com/ .. saya tak pernah beli but kawan yg bertudung review, dia harga okla not bad from RM50... senang pakai instant aka sarung terus tak payah lilit-lilit bagai. Sesuai la yg orang takde masa and tak artistic ni macam saya hehe... tapi saya ni jenis lagi ekonomi... saya beli borong jek dari https://www.facebook.com/Borong-Tudung-Masjid-India-Fazlida-Secret-Sdn-Bhd-146734332170654/?fref=ts
Ni contoh la.. saya punya lagi simple plain aka takde rose tu.. beli sekodi terus.. Senang banyak kaler terus. Yg bestnya skrg.. minima setengah kodi rasanya aka dalam 10 helai.. boleh pileh 2 design aka 5 setiap satu design.. so if nak jamu mata.. boleh p tgk fb dia.... Yang aku beli RM230 perkodi aka 20 helai pelbagai kaler. But tu la, asyik pakai hitam je skrg tak reti nak match haha...
3. Aku beli 3 type of tudung.. satu tu Nampak terletak.. tapi too tight la... tak selesa esp aku ni kan specky. Yg kedua aku beli inner yg ala2 boleh pakai bagai tudung tu.. ntahla... ok.. but maybe panjang sangat.. asyik terjulor jer... yang ke 3 a charm walo design cam alien sket haha :P
Website dia https://www.facebook.com/innerqainisa/ ... masa nk pakai tu confused jugak... but rupa2nye masuk kepala bawah lubang leher tu... then drag dia kebelakang til muka... ni 3rd day aku pakai... ok.. tak panas.. tak ketat sangat.. telinga pun selesa tak sakit. Kain dia takat ni maintain... harga ambik pakej B aritu.. 3 helai RM50 free pos... hehe... silap plak rasa tak ambik pakej c super combo beli 4 free 1 with free gift RM75... sebab rasa cam nak beli lagi jek haha... this will be my anak tudung for me. Yg would be nicer if kat belakang tu dipanjangkan sket lagi... cz rasa if bertocang like me rambut tak panjang sangat ok la.. but if panjang... terjulor jugak.. but I still loikeeee.....
4. Ooo.. untuk tudung releks2 luar rumah.. aku beli yg sempoi jek... kebetulan jumpa seorang online seller yg jual dengan amat berpatutannya... RM10 sehelai.. n pos RM7. Memang laju. Sehari dua dah sampai. Aku beli mmg design sempoi, but yg kain dia jual ni not bad... tak nipis... and panjang dia mmg padan patut la.. boleh as casual tudung.. or inner masa p terawih tu kan.. Aku beli 2 helai so dengan pos RM7... pastu tak cukup beli lagi 3.. semlm tgk kat Giant ada style ni, but kain a bit nipis, rega pulak RM21. Pehhh.. So if berminat usha her FB at https://www.facebook.com/azlinda.isa.5?pnref=story .. dia jual macam2 benda but aku tgk dia jual harga reasonable. So very recommended.
5. Yg lain diperlukan ialah bobby pin kut aka jarum peniti.. p kedai RM2 ECO mesti ada Nye... banyak pin sampai bila-bila tak abih... gunanya pin kat sebelah kiri kanan sebelah kening tu sebabnya if dak tersenget benget tudung. Susah wat keje.
6. Yg ni pin brooch. Sebabnya memula aku tak pakai but tudung ni melurut bawah bahu pulak buatkan aku jadi macam ustazah plak pakai tudung labuh. Huhuhu.. I am not that warak so.. hehe kena la pakai pin. Nak kemas pakai dua belah bahu.. pin tudung ke baju.. but pin sebelah pun ok.. macam I did. Ni macam yg contoh style aku beli.. jz mine bentuk lain sket la.. RM5 for 2 bijik.
So.. kos minima.. (saya punya lebih cz ada beli yg I don't feel comfy with) :-
1) Tudung Instant Shawl RM 230.00
2) Inner Bertelinga RM 50
3) Tudung Instant 5 helai and pos RM 14 (cz beli dua kali haha) RM 64.. patut RM 57 jek if beli sekaligus...
4) Jarum Peniti RM2.00
5) Pin brooch RM5.00
So.. RM230+50+64+2+5=351.00
So, if tolak tudung instant akan jadi lagi murah kut. Tapi tu la... ni boleh jadi basic kit kepada sesiapa yang nak start pakai tudung. Dah ada semua ni.. boleh la p jalan2 beli tudung lain skali skala secara leisurely ya :)
Sekian perkongsian daripada saya. Harap bermanafaat kepada sesiapa yang ingin bertudung. Saya takde la komisyen anything dari website-website ni, but I want to share. Semoga bermanafaat.