Monday, February 22, 2016

Tanah Pekan Ketereh, Kota Bharu Kelantan RM 120K Runding Sampai Jadi

OK semalam cakap pasal Tanah di Kadok, hari ni cakap pasal Tanah di Ketereh pulak.

Ni Tanah getah dulu arwah Mok. Digadai lama ke bank untuk buat lot kedai, ditebus balik and then dibahagikan kepada anak-anaknya mengikut faraid. Masih ingat lagi masa arwah Mok dulu menorah getah, slalu if balik kampong.. masa tu duduk di KL dan lepas tu Kedah, akan tungu Mok menorah, diwakaf betul-betul lepas jambatan kecik sungai tu.

Tanah ni dah di bahagikan 12 lot. Hanya beberapa lot terhad je sedia untuk dijual.


Ni gambar Google Earth.. kalau tengok, memang dia betul-betul sebelah Pekan Ketereh seberang sungai. Jalan besar belah kanan tu, ada jalan kecik merentasi pokok-pokok getah. Berdekatan Sekolah Kebangsaan Ketereh, ada jambatan kecik seberang sungai tu. Dekat jek dengan KB.


Ni gambar Nampak jelas sket kut. Lot-lot di kawasan warna merah tu.



Lot-lot yang telah dibahagi. Hanya unit terhad akan dijual. Kalau lihat pelan, amat sesuai untuk dijadikan rumah, homestay ataupun private clinic, pusat bekam dsb.



Lot yang hendak dijual. Terus terang cakap, banjir besar 2014 Tanah ni ok, tetapi memang diakui Tanah berdekatan dengan sungai. Lot yang hendak dijual adalah dikawasan bahagian belakang dan tinggi berbanding lot hadapan. Sila tengok sendiri kawasan sekiranya mahu maklumat lanjut.

 Jika berminat, sila hubungi Kak Has di 012 276 0658. Whatsapp atau SMS dulu. Pembeli sahaja, bukan Agen dll. Harga RM 120,000 boleh dirunding sehingga jadi. Pembelian berbaloi untuk duduk sendiri etc.

Tanah Kampung Kedondong Kadok Kota Bharu Kelantan Untuk Dijual RM 135,000 Runding Sampai Jadi

Salam semua.. slalu cakap pasal diet, kali nih nak cakap pasal jual Tanah pulak...

Ni Tanah arwah Mok Wa, lama tak berjaga cz anak-anak ramai dah berhijrah keluar ke Terengganu, Kelantan ni kami tak pergi sangat. Skali skala jenguk dari kejauhan jek.



Ni cabutan sementara.. No. Lot 411, Hakmilik GM 2207 Kg. Kedondong Daerah Kadok.
Keluasan 0.1174 hektar atau lebih kurang dalam 0.29 ekar.. lebih sikit suku ekar. Walaupun status Pertanian / Dusun - geran asal adalah macam-macam .. maksudnya sepatutnya dah boleh buat perumahan. Lot Tanah ni boleh dibahagi kepada 2 lagi lot banglo ataupun terus 1 lot banglo besar.




Mahal geran nih.. ada value sejarah hehe.. last tukar hak milik 1973. Siap tengok scroll pun tau. Tapi masa nak jual, dapat terus geran baru lah. Sayang nak jual sebenarnya.



Lokasi Tanah sebagaimana petak empat segi tu. Bersebelahan tali air. Sebenarnya boleh akses terus ke jalan raya melalui jalan tambakan sawah. Mempunyai kejiranan disekeliling. Tanah bukan sawah jadi tidak perlu ditambak.


Lakaran peta ringkas. Berdekatan surau. Anggaran 18km ke Bandar Kota Bharu.

 
Lot 411. Tanah empat segi elok. Lokasi menarik. Berdekatan dengan Bandar Baru Tunjong, Wakaf Che Yeh, Kota Bharu. Sesuai untuk kebun ataupun kediaman sendiri. Dijangka akan membangun lagi selaras dengan pertumbuhan Bandar Baru Tunjong.

Jika berminat, sila hubungi Kak Has di 012 276 0658. Whatsapp atau SMS dulu. Pembeli sahaja, bukan Agen dll. Harga RM 150 K.